Ikuti Blog ini

BADAR MODEN DIPERLUKAN - PESURUHJAYA PAS PERAK

IPOH - Semangat Badar Moden amat diperlukan sekarang demi merealisasikan ke arah pembubaran DUN Perak dan menegakkan syariat Allah di negara ini. Demikian yang telah dinyatakan oleh Ustaz Abu Bakar bin Hussain, Pesuruhjaya PAS Perak semasa berceramah sempena Sambutan Badar al Kubra peringkat negeri Perak semalam.



"Kalau dahulu sewaktu Perang Badar, tentera Rasulullah bertembung dengan tentera Abu Jahal maka kini kita berhadapan tentera Abu Jahal yang sama. Biar apapun namanya, pewaris kepada kejahatan Abu Jahal tetap wujud dan kita akan sentiasa berhadapan dengannya, " tambah Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.


Sambutan Badar al Kubra peringkat negeri Perak tahun ini telah diadakan di Surau Al-Ikhlasiah, Manjoi, Ipoh. Turut hadir dalam ceramah ialah Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin.

Program telah bermula sejak petang lagi dengan pertemuan antara Presiden PAS dengan Pemuda Perak dan pengisian sempena Liqaul Fikri selepas Asar.
Kemudian para pimpinan PAS turut bersama-sama para ahli dan penyokong berbuka puasa dan bersolat tarawih di surau tersebut. Kehadiran amat menggalakkan. Dianggarkan hampir seribu orang telah hadir ke program tersebut sehingga menyaksikan limpahan para jemaah solat tarawih sehingga ke perkarangan surau.

Turut menyampaikan ceramah ialah Dato' Seri haji Nizar dan Tuan Guru Haji Abdul Awang sebagai kemuncak kepada program sambutan. Ceramah telah dipengerusikan oleh Setiausaha PAS Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki.



ar_rawa
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .