Ikuti Blog ini

Berbuka Puasa di Masjid Al-Ehsan di Bandar Kinrara - Teresa.

DSC02251 small

Masjid Al-Ehsan, Kinrara (Foto disalin daripada blog Ikan Tongkol dengan ucapan terima kasih)

P9110079 small

Hari ini ialah 12 September 2009, iaitu ulang tahun pertama penahanan ISA saya akibat tuduhan palsu yang dilemparkan oleh orang UMNO di Selangor terhadap saya bahawa kononnya saya melarang laungan azan di Masjid Al-Ehsan di Bandar Kinrara, Puchong.

Tuduhan itu adalah terbukti fitnah apabila nazir masjid pada masa tersebut, Haji Abdul Rahman, tampil menafikan tuduhan tersebut selepas saya ditahan di bawah ISA. Namun demikian, saya masih ditahan secara persendirian selama seminggu di bawah ISA.

Selepas saya keluar daripada penahanan ISA pada tahun lepas, saya memang berhasrat melawat masjid berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada Haji Abdul Rahman, tetapi saya diberitahu bahawa jawatankuasa Masjid Al Ehsan di bawah tekanan UMNO yang kuat pada waktu itu kerana kenyataan yang berani dan benar oleh Haji Abdul Rahman tersebut, dan oleh itu, saya tidak dapat masuk ke masjid tersebut.

Semalam, 11 September 2009, dengan bantuan rakan-rakan daripada PKR dan PAS di Puchong, saya berjaya mengorak langkah masuk ke Masjid Al-Ehsan di Bandar Kinrara tersebut buat kali pertama, dan mengadakan majlis berbuka puasa bersama muslimin dan muslimat setempat.

P9110042 small

P9110096 small

Saya juga gembira dapat berjumpa dengan bekas nazir masjid Haji Abdul Rahman ketika majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Pakatan Puchong ini. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada beliau.

P9110051 small

P9110044 dun kinrara give rm500 to 16 surau, rm1000 to 4 masjids small

Dalam majlis berbuka puasa ini, saya menggunakan peruntukan kawasan DUN saya untuk memberi sumbangan kepada 15 surau dan 4 masjid di Puchong.

P9110054 small

Saya bersama dengan imam, nazir masjid dan wakil masjid/surau, ahli majlis MPSJ dan pemimpin Pakatan Puchong selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Puchong.

P9110065 small

Selain itu, saya juga memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin.

P9110038 small

Dalam ucapan saya, saya berkata bahawa penahanan ISA ke atas saya menunjukkan bahawa undang-undang ini memang senang disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa yang tidak bertanggungjawab. Saya juga berkata bahawa penahanan saya menunjukkan bahawa polis telah menahan saya tanpa menjalankan siasatan terlebih dahulu.

P9110033 mohd sofien ismail pas ydp small

Inilah YDP PAS Puchong, Tuan Haji Mohd Sofien Ismail. Apabila saya beritahu beliau bahawa saya telah pun gagal masuk ke Masjid Al-Ehsan, beliau pun tolong saya menghubungi jawatankuasa masjid tersebut dan membantu saya menganjurkan majlis berbuka puasa ini.

P9110024 small

Perempuan di sebelah kiri ini adalah Puan Hanim, ketua muslimat PAS Puchong. Beliau telah banyak membantu saya dalam program majlis berbuka puasa di Puchong, termasuk majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan ini.

110920093171

Muslimin dan Muslimat mengerjakan solat selepas majlis berbuka puasa.

Saya amat bersyukur pada Tuhan dan berterima kasih kepada rakan-rakan beragama Islam di Pakatan Puchong yang telah membantu saya untuk mencapaikan hasrat mengadakan majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan dalam ulang tahun pertama penahanan ISA saya.

Pada hari ulangtahun pertama penahanan ISA saya, saya berdoa agar ISA tidak akan digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan polis, dan undang-undang yang zalim dan tidak adil ini boleh dimansuhkan langsung oleh kerajaan dan Parlimen kita.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .