Ikuti Blog ini

Khir Toyo Bersembang Dengan SPRM Jer....


Semalam Khir Toyo meluangkan masa selama 6 jam berborak sambil bersantai dengan SPRM, dan dilapurkan beliau keluar dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Beliau juga kelihatan tenang dan selamba rock keluar dari pejabat SPRM melalui laluan rahsia bagi mengelakkan dari diserbu wartawan.

Tiada nampak tanda-tanda tension yang memungkinkan beliau mengambil tindakan di luar jangkaan seperti yang berlaku terhadap seorang pemuda berbangsa cina beberapa bulan yang lalu.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.

Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.

Berita selanjutnya di sini.

ekk ekkkleeehhh..... setakat prosedur formal jer... apa ada hal... berlakon bang... jangan... lupa skrip sudah la....


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .