Ikuti Blog ini

Kereta Jenazah Masjid Rusila Untuk Kemudahan Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/rasmikeretajenazah.JPGMARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan menyempurnakan penyerahan Kereta Jenazah Masjid Rusila pada satu majlis ringkas di perkarangan masjid berkenaan.

Sejurus selepas Ustaz Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, memotong reben serta membaca doa selamat, beliau turut mencuba menghidupkan enjin kenderaan, sebagai simbolik perasmian penggunaannya.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Rusila, Haji Omar Mohamad ketika ditemui berkata, kenderaan berharga RM115,000 adalah untuk memberikan perkhidmatan secara sewa kepada orang awam.

Katanya ia adalah hasil sumbangan individu dan orang ramai, tanda keprihatinan umum mengenai keperluan kereta jenazah itu.

Menurutnya, dengan adanya kenderaan tersebut, ia akan memudahkan orang ramai yang perlu kepada khidmat pengangkutan itu, yang pertama seumpama itu dalam kawasan tersebut.

”Melihatkan keadaan semasa, kita merasakan kereta jenazah ini adalah amat penting, terutamanya bagi penduduk kampung ini dan berhampiran sekiranya berlaku kematian,

”jadi tidak perlu lagi kita menunggu, atau terpaksa mencari-cari ditempat lain, sekiranya keadaan memerlukan,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua PAS Cawangan Rusila, Encik Daud Jusoh.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .