Malahan, saya mendapat jemputan terus dari Pemuda PJ Utara untuk menghadiri sebuah protes besar2an yang bakal dianjurkan oleh PERKASA MALAYSIA.
Jemputan tersebut boleh dibaca dibawah :
Mengapa saya panggil perangkap? :
1. Keputusan ini hanya diperingkat Mahkamah Tinggi. Ertinya, keputusan ini masih boleh dirayu di Mahkamah Rayuan serta boleh pergi ke Mahkamah Persekutuan. Ertinya, keputusan ini masih belum muktamad.
2. Berita terbaru, JPM telah menyatakan kehendak mereka untuk merayu keputusan tersebut. Sila klik di sini.
3. Mahkamah adalah dalam penguasaan UMNO. Kalau Dato Seri Anwar boleh didapati bersalah dahulu, mengapa keputusan ini tidak boleh dipastikan mengikut kehendak yang sepatutnya?
4. Mengapa UMNO mahu bising dalam isu ini, sedangkan apabila Najib meluluskan 10 lesen judi, tiada protes dari UMNO ataupun mana-mana NGO Melayu?
5. Hukum penggunaan nama Allah oleh bukan Islam adalah Khilaf dan tidak sepakat. Hukum judi SEPAKAT SEMUA ULAMA Haram. Mengapa UMNO mahu bising pasal isu yang tak jelas, sedangkan isu yang jelas haram macam Najib lulus 10 lesen judi, mereka tak bising?
Ini semua perangkap UMNO. Hati hati supaya kita jangan terpengaruh dan terjerat dengan perangkap ini. Sejak bila pula UMNO ni berjuang Islam? Mereka adalah parti nasionalis sekular Melayu. Mereka telah bertanggungjawab menindas serta menghalang perlaksanaan shariah Islam sejak Merdeka.
Menentang hukum Allah seperti yang UMNO telah lakukan selama ini lebih jelas Haram nya berbanding dengan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Hukumnya lebih jelas haram.
PENGALAMAN TULANG BESI DI MESIR
Waktu Tulang Besi bekerja di Mesir, Tulang Besi melihat semua orang Kristian Koptik di sana menggunakan nama Allah secara meluas. Mereka menggunakan nama Allah di dalam Kitab Injil mereka serta penggunaan harian mereka.
Malah, boss Tulang Besi, seorang Kristian Koptik bernama George Nushy, pernah menggunakan perkataan “inshaalah” di dalam email beliau kepada Tulang Besi.
Dan, setahu Tulang Besi, tiada satu pun fatwa dari Al Azhar mengharamkan Kristian Koptik (dipanggil “Church of Alexandria”) menggunakan nama Allah SWT.
Malahan di kalangan orang Islam pun apabila berjumpa kita kali pertama, mereka tidak akan tahu kita Islam atau tidak walaupun kita menggunakan ungkapan2 seperti "Inshaalah", "Allahuakbar", "Masyaalah".
Tulang Besi belajar bahawa cara terbaik menunjukkan kita orang Islam pada orang Mesir adalah dengan mengucapkan selawat nabi. Hanya berselawat dengan Nabi membezakan kita dengan orang Kristian kerana orang Kristian koptik tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Nabi SAW.
PENDIRIAN TULANG BESI DI MALAYSIA
Walaubagaimanapun, Tulang Besi merasakan di Malaysia, tidak seharusnya perkataan Allah digunakan oleh bukan Islam tetapi bukan atas dasar agama. Lebih kepada atas dasar budaya dan cara hidup. Ditakuti membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam akan menaikkan sensitiviti kaum serta dieksploitasi oleh pihak2 seperti UMNO.
Menjaga keamaanan lebih penting bagi Tulang Besi. Adapun hukum penggunaan pula masih lagi di khilafkan. Sebenarnya masa isu ni timbul, Tulang Besi telah buat ‘research” di internet, dan rata-rata artikel dalam internet yang dalam bahasa Inggeris TIDAK MENGHARAMKAN ORANG BUKAN ISLAM menggunakan nama Allah. Itu yang Tulang Besi teragak-agak dalam isu ni. Hukumnya tidak jelas haram.
Akhir kata, haruslah kita berhati-hati dari ditipu UMNO dalam isu ini. UMNO sendiri bertanggungjawab menghina Islam selama ini. Apa hak mereka untuk menentang isu ini?
Tulang Besi