Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata :
- Umno kini dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga terpaksa mengadakan Program UMNO Juara Rakyat.
- Usaha Umno membuka kaunter daftar pemilih dan keanggotaan Umno pada setiap siri program Juara rakyat di seluruh negara adalah kerana mereka menyedari kemerosotan sokongan rakyat khususnya generasi muda terhadap parti itu.
- Juara Rakyat ini menunjukkan usaha terdesak Umno yang sedang dalam keadaan kritikal dari segi sokongan pengundi khususnya generasi muda.
- Berharap agar PAS memandang serius mengenai gerakan daftar pemilih terutamanya di kalangan anak-anak ahli dan penyokong parti bagi mengelakkan Umno mengambil kesempatan terhadap mereka.
- PAS perlu bersungguh-sungguh dalam isu daftar ahli dan pemilih ini kerana semua parti sedang berusaha menarik rakyat supaya mendaftar parti masing-masing.
- Umno sedang dalam proses memulihkan imej parti itu melalui program Juara Rakyat setelah terpalit dengan pelbagai isu yang menghakis kepercayaan rakayt terhadap mereka.
- Kita lihat program ini lebih banyak kepada usaha membaik pulih imej Umno. Tapi pada waktu yang sama rakyat melihat isu yang lebih besar yang sepatutnya ditangani oleh pemimpin Umno belum selesai.