Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Kelantan lebih berminat untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dari wakil-wakil Pakatan Rakyat berbanding dengan penjelasan dari wakil-wakil Kerajaan Pusat. khabarnya apa yang dipanggil "Ceramah Perdana" oleh badan NGO yang diketuai oleh YB Ahli Parlimen Pasir Mas tempohari (di Bangunan UMNO Kota Bharu) sekadar mampu menarik minat tidak sampai 3,000 hadirin.
Kata Tok Pa dalam ucapannya pada malam tersebut - "ini adalah program kita (UMNO maksudnya) yang paling berjaya sejak 5 tahun lepas!". begitu berbangga Tok Pa apabila berjaya mengerah penjawat awam dengan bas-bas yang mungkin disewa "khas" dan juga anak-anak muda bermotorsikal yang dibayar kehadirannya. RM20 sebiji motor kata salah seorang anak muda.
Tok Pa nampaknya begitu berminat dengan angka "20". mungkin ada nostalgianya.
Apa yang kita faham dari siri-siri ceramah anjuran baik pihak Pakatan Rakyat ataupun pihak Kerajaan Pusat ialah, mereka-mereka yang hadir lebih berminat untuk mendengar penerangan dari wakil-wakil Pakatan Rakyat kerana wakil-wakil kita (Pakatan Rakyat) lebih banyak menerangkan sesuatu isu itu dengan fakta dan hujah yang bernas dan bukannya "auta" yang melemaskan.
Ceramah "Mini" semalam juga dihadiri oleh ADUN Salor YB Haji Husam Musa, Ahli Parlimen Machang saudara YB Saifudin Nasution, ADUN Pengkalan Pasir YB Hanipa Ahmad, ADUN Tendong YB , ADUN Chetok Ustaz Haji Halim, ADUN Gual Ipoh YB Wan Yussof, TG Haji Husin (Dewan Ulama' PAS Kelantan), Ustaz Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama' PAS Kelantan) dan beberapa lagi saf pimpinan PAS Kelantan.
YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz yang dijadualkan hadir sama tidak dapat hadir kerana kurang sihat.
Seperti biasa majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh TG haji Husin disusuli dengan solat Hajat. Ustaz Daud Iraqi memulakan majlis ceramah dengan tazkirah dan juga sedikit ceramah Maulidur Rasul.
Ceramah seterusnya oleh YB Saifudin Nasution banyak menyentuh isu-isu semasa dan nasional seperti isu enjin jet hilang, kapal selam tak boleh menyelam, kes DSAI, SPRM, perundangan dan beberapa masalah dalaman UMNO/BN yang akhir-akhir ini semakin hilang sokongan akibat daripada kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri.
Akibat daripada kerakusan pimpinan UMNO/BN dalam usaha untuk mempertahankan kuasa yang semakin hilang, banyak badan-badan dan institusi-institusi dibawah Kerajaan Pusat digunakan sepenuhnya diluar untuk mempertahankan kuasa (UMNO/BN) sehingga mengakibatkan kepada berlakunya kerosakan sistem termasuk sistem perundangan.
Banyak undang-undang dilacurkan sewenang-wenangnya termasuk perlembagaan negara yang sepatutnya dihormati dan diangkat setinggi-tingginya dan bukannya dipijak-pijak begitu sahaja. bidang keagamaan tak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari dulu lagi UMNO/BN tidak pernah menghormati 1-1nya institusi yang paling tinggi martabatnya ini.
ADUN Salor YB Haji Husam Musa meneruskan ceramah malam tadi dengan penerangan yang cukup bernas berkenaan dengan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan. beliau menempelek kenyataan Ahli Parlimen Jeli yang mengatakan bahawa Negeri Kelantan tidak berhak menuntut pembayaran Royalty atas hasil buminya kerana lokasinya berada diluar kawasan mengikut "Ordinan Darurat 1969".
YB Haji Husam dalam ucapannya mempersoalkan apakah rasionalnya Ahli Parlimen Jeli menafikan lokasi carigali tersebut dengan mengguna pakai "Ordinan Darurat 1969" yang telah dimansuhkan penggunaannya pada tahun 1979 iaitu 31 tahun lepas?
Kenyataan Ahli Parlimen Jeli juga dipertikaikan 1 persatu oleh YB Haji Husam kerana kebanyakannya tidak konsisten.
"mulo-mulo 'Pa' (panggilan manja Haji Husam pada Ahli Parlimen Jeli sambil disambut dengan gelak tawa audience) oyak Kelate tak dok minyok, lepas tu 'Pa' oyak Kelate tok leh claim sebab tu hasil usahasama dengan negara jiran, lepas tu 'Pa' oyak cumo buleh 'wang ehsan' sebab Keraja'e Pusat 'siye" (kesian) ko Kelate, lepas tu tibo-tibo 'Pa' oyak pulok buleh 20 juto jah (5%) dari hasil carigali akan dibayar mulo pado bule mac".Semua kenyataan-kenyataan dari Ahli Parlimen Jeli tidak pernah konsisten.
"sekejap ada sekejap tak ada, tiba-tiba ada balik, tapi dalam bentuk lain iaitu 'wang ehsan'. tok kigho lah demo nok panggil ggapo pun, kito ado banyok dokumen-dokumen hok kito dapat dari kakitangan Petronas sendiri hok menyokong usaha Negeri Kelantan atas kapasiti Kelantan memang berhak menerima apa saja bentuk bayaran tak kira Royalty atau Wang Ehsan. yang penting, Kerajaan Pusat melalui Petronas kena bayar seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri".Kata YB Haji Husam lagi, tidak kira negeri itu berada dimana asalkan ianya dalam Malaysia, hanya ada 1 perjanjian sahaja yang ditandatangani pada masa itu (1974) dan perjanjian itulah yang ditandatangani oleh semua negeri baik di Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun Sarawak. tidak ada lagi perjanjian lain selain dari perjanjian itu.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Gua Musang (UMNO/BN) Tengku Razaleigh Hamzah, individu yang bertanggungjawab dari mula perjanjian tersebut dibincangkan, merangka perjanjian tersebut untuk direalisasikan sehinggalah ianya (perjanjian tersebut) ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat.
Majoriti yang terlibat didalam merangka perjanjian tersebut mengatakan bahawa Kelantan berhak menerima bayaran tunai hasil dari galian tersebut bersama menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas tetapi mengapa pula pihak-pihak yang tidak pernah terlibat dalam kerja-kerja (merangka perjanjian) tersebut pula yang bersungguh-sungguh menafikan hak Negeri Kelantan?
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan berada di Kelantan untuk 1 program penerangan isu Tuntutan Royalty Minyak Kelantan bersama semua ADUN-ADUN Kelantan (termasuk ADUN-ADUN UMNO/BN) pada 28hb.. Februari, 2010 ini.
Sumber - :: Selamat Datang @husammusa.com