

Mereka yang dilantik untuk tempoh setahun itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Show Kang.
Dua Exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.
Majlis angkat sumpah Exco yang baru itu berlangsung di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit sebentar tadi.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.