PENGUNDI LUAR
Minta setiap penyokong dan pendokong PR mengusahakan sesiapa yang mereka tahu menjadi pengundi di Hulu Selangor supaya pulang mengundi.
Pengundi luar dan pengundi muda mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
NAJIB DAH MULA MENGGELABAH
Najib dan gengnya baru mendapat maklumat terbaru berkenaan Hulu Selangor yang menyatakan Barisan Nasional terkebelakang di Hulu Selangor.
Tak heranlah malam tadi Najib sendiri berucap dan menyindir Anwar Ibrahim sebagai peliwat.
JENTERA PAS
Jentera PAS telah membantu dalam pilihanraya ini dengan maksima. Pada mulanya memang sedikit slow, tapi lepas tu jadi laju.
Cumanya jentera PAS lebih tertumpu di kawasan Hulu Bernam dan juga Hulu Selangor ni BESAR. jadi, jentera PAS terletak di ceruk dan agaknya itulah sebabnya mereka tidak kelihatan sangat - sebab faktor lokasi dan geografi
TERUKNYA UMNO
Sepanjang kempen, UMNO tiada modal. Hanya serangan-serangan pribadi pada Zaid Ibrahim. Lupakah UMNO, kalau Zaid peminum arak, UMNO telah melantik beliau sebagai dan Menteri Kabinet di waktu beliau belum bertaubat?
Kenapa masa Zaid dalam UMNO dahulu, perkara ini tidak ditimbulkan?
Isu yang dibawa UMNO hanya pribadi Zaid dan pribadi Anwar. Sampai Najib sendiri sindir Anwar meliwat. Angkara Anwar cabar dia berdebat dan dia penakut dan berdebat dengan Anwar. Hahahahaha
Sebagai penutup, saya berani kata kalau UMNO tidak menipu, kita akan menang kerusi Hulu Selangor, insyaalah
Tulang Besi