Ikuti Blog ini

Serah Memorandum Bantah Lesen Judi Bola Ke Pejabat Menteri Besar Berjaya Juga !

KUANTAN - Program Penyerahan memorandum bantahan "Lesen Judi Bola" yang diadakan hari ini berjaya mencapai matlamatnya. Penyerahan itu yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang di pejabat MB sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Turut mengiringi beliau semasa penyerahan memorandum itu ialah YB Choi Siew Onn (DAP), Ram Ponnusamy dan Hj.Zahari (PKR) dan Ustaz Suhaimi Said (PAS). Seramai hampir 100 orang penyokong telah mula berhimpun di perkarakan Masjid Sultan Hj.Ahmad Shah I sejak awal pagi lagi. Turut kelihatan beberapa orang anggota polis yang mengawal keadaan termasuk juga dari Cawangan Khas (SB). Sekitar jam 10.30 pagi, Dato' Tuan Ibrahim memberikan sedikit ucapan kepada mereka yang hadir.

Antara lain beliau mahu semua rakyat tidak kira apa jua fahaman politik, agama dan kaum agar menyokong bantahan ini. "Kita sudah terlepas dari tanggunjawab apabila ditanya oleh Allah di akhirat kelak" katanya. Selepas berucap, kelihatan Ketua Polis Daerah Kuantan (OCPD) Tuan Jasmani Yusof bertemu dengan Dato' Tuan Ibrahim. Atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis, maka Dato' Tuan akhirnya bersetuju hanya wakil parti sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut di pejabat MB. Kerjasama pihak polis amat baik dan dihargai.

Malah, mereka juga turut mengawal keadaan sekiranya berlaku kekecoahan dan sebagainya. Selepas menyerahkan memorandum, semua pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir telah bersama-sama mengedarkan risalah bantahan tersebut.



[Apapun, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak polis yang berjaya mengawal keadaan dengan baik. Ramai yang hadir disitu pada mulanya agak kecewa kerana tidak dapat bersama-sama pimpinan untuk berarak ke pejabat MB. Turut kelihatan hadir dalam program pagi tadi ialah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. P

ada malam ini pula, program solat hajat dan ceramah perdana tentang isu ini akan diadakan di Putra Balok. Penceramah undangan ialah Exco Pemuda PAS Pusat (Suhaizan Kayat), Peguam Fadzli Ramly (PAS Pahang) dan Ustaz Suhaimi Said (Ketua Pemuda PAS Pahang). Orang ramai dijemput hadir]. -Pahang Daily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .