KUALA NERUS - Tunjang kekuatan perjuangan PAS adalah 'Jihad Fi SabiliLlah' menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran dengan meninggikan kalimah Allah SWT.
Oleh itu, kalimah jihad mesti diterjemahkan dalam proses pilihanraya kerana PAS memilih demokrasi sebagai wasilah perjuangan.
"Walau keadaan kita berlawan dengan musuh dalam konteks pilihanraya, saya kira kalimah jihad mesti diterjemahkan dalam proses pilihanraya,
"sebab kita guna demokrasi ni, bukanlah kita beriman dengan demokrasi dan menjadikan demokrasi yang muktamad, dia adalah satu wasilah yang boleh kita manfaatkan,"ujar Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS.
Menurutnya, dalam masa yang sama 'Jihad Fi SabiliLlah, menjadi tunjang dan kemuliaan perjuangan PAS.
Beliau menggariskan empat perkara atau sifat yang menjadi komponen kepada Jihad Fi SabiliLlah iaitu, sifat berani, yakin, komited dan bersungguh-sungguh.
"Jadi kalau kita berani, kita yakin, kita komited dan bersungguh-sungguh (dalam melaksanakan gerakerja) barulah musuh menjadi gerun,"jelasnya ketika menyampaikan ceramah sempena memperingati Badar al-Kubra di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, disini, Rabu 19 Ogos,
Menurutnya, dalam proses demokrasi, jumlah atau kuantiti menjadi perkiraan dalam menentukan kemenangan melalui proses pilihanraya.
Beliau menukilkan sejarah kemenangan tentera Islam dalam peperangan adalah dengan pertolongan daripada Allah SWT.
"Saya nak terjemahkan begini; dalam medan peperangan Allah menghantar malaikat untuk mengalahkan musuh Islam,
"(jumlah tentera Islam di Badar) 313 itu, musuh Islam nampak macama 300,000, kerana Allah menghantar para malaikat, sebagi pertolongan daripada Allah,"tegasnya.
Oleh itu, menurutnya dengan segala tipu helah Umno dan Barisan Nasional melalui undi pos, membuang undi dua kali, penyelewengan SPR dan lain-lain, kita mesti memohon pertolongan dari Allah SWT,
"Jadi kita kena cari pertolongan Allah. Macama kita nak cari pertolongan Allah...? kita kena perbetul cara kita cara kita berjuang,
"kita bukan berlawan 'material dengan material' tetapi kita berlawan atas nama jihad Fi SabiliLlah, nak meninggikan kalimah Allah SWT,
"barulah Allah akan menghantar pertolongan,"kata Ustaz Nasruddin menutup biacaranya. -BO