Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.
Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.
Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.
Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata, terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.
"Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya.
"Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing," katanya merujuk kepada laporan polis oleh pelajar, ibu bapa dan pengetua itu sendiri.
Muhyiddn juga hari ini mendedahkan bahawa pengetua berkenaan telah memohon maaf. -M'kini