Dun Semerak Catat Sejarah Milik Radio Sendiri
KATA orang kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan disitulah ada jalannya. Selalunya mereka yang berkemahuan tinggi akan berjaya mencapai apa yang dihajatinya. Begitu juga kejayaan bukan saja milik kalangan ahli ilmuan dalam bidang tertentu, tetapi mereka yang tidak keahlian juga akan berjaya, asalnya ada keazaman yang tinggi.
Begitulah apa yang boleh dipadankan dengan kejayaan Pusat Khidmat Adun Semerak, Pasir Puteh Kelantan, khasnya kesungguhan Adunya, Wan Hassan Wan Ibrahim. Kejayaannya mewujudkan siara radio internet sungguh mengejutkan saya. Saya tidak pernah terfikir sebuah Dun seperti Semerak yang berada di luar Kota Bharu Bandaraya Islam (KBRI) memiliki siaran radio berkenaan.
Siaran radio yang dinamakan Radio Ore Semerak (ROS) itu kini dalam tempoh percubaan. Ia dijangka dilancarkan secara rasmi oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut pengarah operasi Pusat Khidmat Masyarakat Adun Semerak, merangkap pengawal siaran dan operasi, ROS, sdr Ibrahim, siaran itu dilancarkan beberapa bulan lalu dan ia mendapat sambutan menggalakkan.
Setiap hari radio itu dilanggani kira-kira 800 hingga 1,200 dalam satu-satu masa.
Difahamkan bahawa Dun Semerak merupakan satu-satunya memiliki siarah radio seumpama itu. Ini sekali gus menjadikan Dun Semerak mencatat sejarah sebagai perintis radio internet dan meninggalkan 45 Dun lain di seluruh Kelantan.
Jelas sekali kejayaan mewujudkan radio itu membuktikan kesungguhan dan juga keazaman tinggi Wan Hassan dan para petugasnya. Kejayaan mewujudkan radio dalam talian itu (internet) menolak persepsi dan gelaran yang dilekatkan kepada Adun berkenaan sebagai Adun barangan Purba.
Wan Hassan memang seorang peminat barang-barang purba. Beliau memiliki barangan purba ada yang berusia lebih 500 tahun dengan nilain ratusan ribu ringgit.
Berbalik kepada kejayana mewujudkan radio itu, ia dikendalikan oleh tiga orang DJ dan dua juruteknik yang berkerja secara sukarela dan bergilir-gilir. Antar pengisiannya ialah menyiarkan lagu=lagu, menyampaikan maklumat dan dalam masa sama ia menjadi penghubngi antara masrakat Semerak yang berada di mana-mana saja.
Penduduk Semerak juga boleh menggunakan siaran radio ini untuk menghebahkan berita atau maklumat di sekitar Semerak dan Pasir Puteh.
Semasa kunjungan saya bersama dua rakan, Lawyer Md Radzi Mustapa dan bekas Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Zaki Abdul Rahman saya sempat bersiaran secara langsung menerusi radio berkenaan.
Dalam pada itu menurut Wan Hassan beliau mengalu-alukan cadangan, kritikan untuk memperbaikkan lagi radio berkenaan. Beliau juga berhajat akan mempertingkatkan lagi mutu siarannya. "Kalau boleh kita mahu jadikan ROS ini sebagai radio alkternatif kepada rakyat," jelasnya bangga.
Dalam pada itu beliau mengalu-alukan sebarang derma ataupun bantuan teknikal dari sesiapa saja demi meningkatkan siaran ROS itu. ROS boleh dikuti menerusi htpp://semerakloni.listen2myradio.com. Syabas dan tahniah kepada Dun Semerak khususnya Wan Hassan.