Ikuti Blog ini

UMNO Terus Dipinggirkan, Rakyat Terus Undang Teo

Teo hadiri satu lagi majlis di surau

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teo yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teo. -MK

Demikian, kebenaran tidak dapat disekat walaupun akhbar telah memutar isu tersebut untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat, walau sultan telah dihasut dan dipujuk oleh pihak tertentu untuk menghalang kehadiran pemimpin yang rakyat mahukan.

Tahniah YB Teo. Jangan takut, teruskan kerja-kerja menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. UMNO BN sudah tidak mempunyai apa-apa kekuatan lagi sebenarnya. Mereka sedang menunggu untuk rebah menyembam ke bumi. Pada masa itu tiada sultan yang akan membela mereka lagi! -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .