KOTA BHARU, 6 Sept: Kerajaan Negeri menyangkal sama sekali tuduhan Umno sebagaimana siaran media tempatan baru-baru ini yang mendakwa bahawa anak-anak Kelantan yang berada di perantauan membawa pulang elemen negatif ke negeri ini.
 Pemimpin  Umno juga menuduh mereka membawa keburukan kepada penghidupan  masyarakat dan sekaligus dakwaan itu menuding jari kepada pentadbiran  negeri yang kononnya gagal menyediakan pekerjaan kepada rakyat  menyebabkan berlakunya penghijrahan ke luar negeri.
Pemimpin  Umno juga menuduh mereka membawa keburukan kepada penghidupan  masyarakat dan sekaligus dakwaan itu menuding jari kepada pentadbiran  negeri yang kononnya gagal menyediakan pekerjaan kepada rakyat  menyebabkan berlakunya penghijrahan ke luar negeri.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah ketinggalan zaman.
Sebaliknya, beliau berkata ramai anak Kelantan mencari rezeki di mana saja, dan mereka mengingatkan Allah selaras dengan maksud Al-Quran iaitu ‘bertebaranlah di mana saja di muka bumi ini setelah mengerjakan sembahyang’.
“Bagi pihak kerajaan negeri, saya menafikan perkara itu. Ini kerana ramai anak Kelantan yang berada di luar negeri sesungguhnya mereka banyak membawa efek yang positif kepada masyarakat, bahkan ramai daripada mereka terdiri daripada ustaz-ustaz dan imam-imam yang bertugas di luar Kelantan,” katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.
Petugas dari pelbagai media khususnya wartawan hadir termasuk non-muslim.
Turut hadir pada majlis tahunan itu Pengarah Urusetia Penerangan, Ustaz Abdul Rahman Yunus.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain pada masa yang sama.
Dr Fadhli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temangan  mengulas kenyataan media yang dibuat pihak Umno dan disiar media  tempatan mendakwa ramai anak Kelantan yang berada di perantauan membawa  pulang gejala negatif, banyak membawa keburukan kepada negeri ini. -Hrkh


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
