Ikuti Blog ini

Jangan Pandang Belakang: Jom Kita Ke Galas

SPR: Pilihan raya kecil untuk DUN Galas

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya.

Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lepas meninggal dunia 4.30 petang tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.
Sementara itu, di RANTAU PANJANG, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya. - BERNAMA

GALAS, sebuah kawasan yang terletak di dalam Parlimen Gua Musang adalah satu-satunya DUN yang dimenangi oleh PAS. Dua lagi DUN iaitu Nenggiri dan Paloh dikuasai oleh BN.

Galas bakal menjadi medan untuk parti yang bertanding mnyaksikan samada momentum PRU 2008 masih ada atau telah pupus.

Bagi PAS yang tersentak dengan kemenangan tipis di dalam pilihanraya kecil Manek Urai dan kekalahan di Bagan Pinang, Galas sepatutnya menjadi penebus kepada kedua-dua PRK berkenaan.

Galas juga bakal menjadi medan untuk mempertautkan kembali komponen Pakatan Rakyat agar terus bekerja bagi mempastikan kemenangan sekalipun baru melalui kepahitan dengan kekalahan di Parlimen Hulu Selangor, dimana Datuk Zaid Ibrahim dari PKR tewas di tangan Kamalanathan dari BN dengan majoriti 1,725 undi.

Ayuh, jangan buang masa, kita ke Galas!-GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .