Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua  dalam membuat gesaan ini hari ini berkata, kontroversi terbaru  dicetuskan pemimpin-pemimpin politik Umno sejak kebelakangan ini  menunjukkan sikap hipokrit dalam usaha mereka mahu kekal berkuasa.
Selain itu, Pua yang juga Ahli Parlimen  Petaling Jaya Utara berkata, kalau tidak kerana Pakatan Rakyat,  pentadbiran Najib belum tentu akan menarik balik lesen perjudian sukan  yang diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan.
Pua menambah, Najib selaku Menteri  Kewangan telah menjawab soalan Ahli Parlimen DAP dari Rasah Anthony Loke  pada 9 Jun lalu bahawa kerajaan tidak membezakan antar cukai yang  diterima daripada pelbagai sumber sama ada yang halal ataupun bukan  halal.
Pua memetik jawapan yang  diberikan Najib iaitu “untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini,  hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil  cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan  dimasukkan ke dalam
Akaun Hasil Disatukan sama  seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan  belanja mengurus dan pembangunan negara.”
“Ini menunjukkan kesemua  cukai yang dikutip dimasukkan ke dalam satu dana Akaun Wang Disatukan,”  kata Pua.



