
anraya   Kecil Dun Galas. Meskipun PAS seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan   dengan Ku Li bukan kerana takut, tetapi ingin menjaga hati Ku Li yang   tidak kurang jasanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam   isu royalti minyak. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa PAS tetap   akan berdepan dengan Umno yang akan diterajui oleh Ku Li di Dun Galas.Di dalam situasi begini, PAS mungkin berada di dalam dilema kerana PAS amat menyanjungi Ku Li biarpun berada di dalam parti yang berlainan. PAS juga mungkin faham, Ku Li juga turut berada di dalam keadaan dilema kerana pimpinan parti telah menyerahkan amanah dan tanggungjawab itu kepada beliau.
Akhirnya, prinsip serta   dasar perjuangan akan menjadi faktor utama mengapa PAS mesti melawan   Umno habis-habisan kerana PAS tidak mungkin akan `membantu' Ku Li dan   membiarkan keseluruhan rakyat Kelantan teraniaya.
Demi   tanggungjawab kepada rakyat, PAS mesti terus mara ke medan perjuangan.   Kita sedar bahawa Umno punyai `niat tertentu' mengapa parti tersebut   meletakkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Bukankah   sebelum ini amanah tersebut kebiasaannya dipikul oleh Timbalan Presiden   Umno (TPM) malahan juga Presiden Umno (PM) sendiri? Sudah tentu ada  yang  mahu dilihat oleh Najib dan Muhyiddin apa yang bakal terjadi  kepada Ku  Li nanti. Hakikatnya, Najib dan Muhyiddin tidak lagi mahu  dimalukan  seperti sebelum ini. Mungkin kali ini giliran Ku Li pula?
Umno   kini sudah bersedia dengan alasannya tidak kira Umno menang atau  kalah.  Jika Umno menang (Na'uzubillah), maka Umno akan berkata,  lihatlah,  rakyat kini mula menerima Umno dan menolak PAS/PR. Tetapi  sebaliknya,  jika Umno tersungkur dan dikapankan lagi maka pemimpin Umno  akan  menuding jari kepada Ku Li dan menyebut betapa Ku Li tidak layak   memimpin Umno sedangkan di Gua Musang sebagai kawasannya pun Ku Li  boleh  tewas. Maka, seandainya Ku Li mencuba nasib bertanding sekali  lagi  sebagai Presiden Umno di masa akan datang akan dinilai oleh  ahli-ahli  Umno sebagai pemimpin yang gagal.
Najib, terutama  sekali  Muhyiddin sudah tentu tidak mahu melihat Ku Li `come back' ke  dalam  hiraki kepimpinan Umno. Salah satu kaedah yang `paling lembut'  untuk  melihat Ku Li di`kubur'kan di arena politik Umno adalah dengan   `membunuh' kerjayanya di Dun Galas, kemudiannya diluaskan pula di   Parlimen Gua Musang. Mungkin Ku Li sudah tahu mainan politik ini, dan   tidak mustahil Ku Li juga ada `strategi' tersendiri untuk bermain dengan   mereka ini.
Apa yang dikhuatirkan, sekiranya Umno tewas lagi   kali ini, akan timbul pula tuduhan Ku Li menjadi punca dan `mensabotaj'   parti sendiri. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak mahu Ku Li   menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil di Dun Galas, lebih-lebih lagi   sebagai calon Umno. PAS tidak sanggup melihat Ku Li terus di `gurkha'kan   oleh Umno./wfauzdin.blogspot.com


