KEMAMAN – Walaupun media perdana memutarkan pelbagai kenyataan publisiti yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Umno Terengganu telah pulih, namun keadaan sebenarnya tidak.
Penganjuran konvensyen Umno Terengganu tidak akan memulihkan perbalahan dikalangan pemimpin Umno kerana perjuangan Umno bukan kerana Islam.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanifiah Mat menyifatkan putaran media perdana tidak akan dapat menutup cerita perbalahan yang sudah berakar umbi dan menjadi buah mulut rakyat.
“Pemuda Umno sebelum ini pernah menganjurkan konvensyen, pertemuan demi pertemuan yang dilaksanakan untuk cuba mendamaikan dua kem Umno yang berbalah, semua tidak berjaya,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Menurutnya tidak ada ubat yang mujarab bagi untuk mengubati hati-hati pemimpin Umno ‘yang sakit’ kecuali kebali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Sebaliknya, kata beliau, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, tidak percaya dengan perkara tersebut.
”Hisham hanya percaya Umno adalah segala-galanya, sebab itu beliau berkata hanya Umno yang akan menentukan ‘hidup mati’ orang Melayu,”ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan Hishamuddin yang berkata dalam Konvensyen Umno semalam yang dipetik;
"Inilah harapan dan realiti saya kerana UMNO dilahirkan untuk perjuangan Melayu. Hari ini saya merayu, berpecahnya UMNO maka berkecailah Melayu, mati UMNO maka berkuburlah Melayu. Berjanjilah, kita akan berjuang bagi menyahut seruan bangsa dan agama”.
Oleh itu, beliau menyeru supaya ahli-ahli Umno kembali ke pangkal jalan dengan mengambil Islam sebagai penylesai segala masalah.
”Mesti di buang.dasar perjuangan kebangsaan yang mementingkan periuk nasi, yang mengenepikan erti persaudaraan Islam yang tulin,
”selagi Umno menolak Islam, tunggulah saat kejatuhan dan kehancurannya”jelas Haji Hanafiah yang juga Pengerusi MTD Dun Chukai.
Justeru, katanya, rakyat di merata pelusok, di kedai-kedai, pejabat-pejabat, kampong dan bandar sudah tidak sabaya umum ke-13, untuk menukarkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat. -BO