Ikuti Blog ini

Media Diminta Bersikap Adil Jika Mahu DiHormati

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/IMG_2569.jpgKUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah meminta supaya penggiat media bersikap adil dalam melaporkan dan memberi ruang sebarang berita yang berkaitan parti politik.

Beliau mengingatkan pihak media supaya tidak hanya melaporkan berita negatif, sebaliknya turut menyiarkan perkembangan positif sesebuah parti politik.

Selain itu, katanya, sekiranya media mahu dihormati, kandungan berita agensi atau akhbar terbabit mestilah dilihat seimbang diantara parti politik kerajaan dan parti bukan kerajaan.

"Kalu mahu dihormati, media mesti dilihat adil, jangan melaporkan perkara negatif sahaja tentang sesebuah parti poltik tetapi mesti juga (melapor) perkara positif,

"kandungan berita sesuatu agensi atau akhbar juga perlu dilihat seimbang, jangan berat sebelah,"ujarnya ketika diminta mengulas kenyataannya yang disiar sebuah akhbar tempatan.

Kenyataannya yang dipetik akhbar Sinar Harian adalah berkaitan perjalanan mesyuarat pemilihan pemimpin yang sedang dijalankan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau menjelaskan, bukan secara 'totok' PKR adalah serpihan Umno, tetapi kebetulannya ramai dikalangan ahli-ahli PKR adalah bekas-bekas ahli Umno.

"Oleh itu, ada kemungkinan, dikalangan ahli PKR yang terbawa-bawa perangai UMNO dalam PKR,"jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam urusan dan masalah dalaman parti lain, serta menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan PKR untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Namun begitu menasihatkan pimpinan PKR agar bersabar dan berhati-hati dalam mengambil tindakan menangani pemilihan yang sedang berlangsung.

"menarik rambut dalam tepung, biar rambut tak putus, tepung tidak tumpah,"katanya yang menambah, setiap perkara yang berlaku dalam PKR sedikit sebanyak akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .