KUALA TERENGGANU - Duunjuk perasaan secara aman di dua tempat berasingan telah dibuat oleh pemuda PAS Terengganu Kira-kira 2000 umat Islam bagi membantah penganjuran Festival Busana Muslim yang menghina Islam.
Di hadapan Masjid Baru kira-kira 2,000 umat Islam turut serta menyertai demo yang diadakan sejurus selepas para jamaah keluar dari masjid, selesai melaksanakan solat Jumaat.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bantahan serupa turut diadakan serentak di seluruh negara oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dan negeri-negeri
Beliau yang mengetuai demo aman di Masjid Pengadang Baru memberitahu Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu itu dianjurankan oleh Datin Seri Rosmah Mansor jelas menghina Islam.
Menurutnya, pakaian model yang terlibat dengan peragaan fesyen didakwa busana muslim itu sebenarnya tidak menutup aurat langsung
"Ada model fesyen yang memakai baju tidak menutup aurat dengan tulisan ‘Muhammad SAW’ yang jelas memalukan umat Islam, Pemuda PAS bantah sekeras-kerasnya dan jika dibuat sekali lagi di Negara ini akan ditentang dan akan kerah seberapa ramai umat Islam untuk bantah sehingga penganjuran itu dibatalkan,"tegasnya
Manakala dalam demo aman di masjid Batu Rakit, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bertegas, Pemuda PAS amat sensitif dan akan tentang dengan apa cara sekali pun walau pun terpaksa dengan pengorbanan darah dan nyawa.
Menurutnya Pemuda PAS mendesak Rosmah selaku penaung program itu minta maaf secara terbuka dan pihak berkuasa ambil tindakan. -BO