
Dinar Emas Kelantan dijadikan sebahagian dari mas kahwin dalam Majlis Nikah Perdana 2010 Peringkat Negeri Kelantan
Seramai 100 pasangan dinikahkan secara beramai-ramai di dalam majlis    anjuran kerajaan negeri Kelantan tersebut secara percuma  dengan segala   kos ditanggung oleh kerajaan negeri kelantan.Majlis diadakan di PUTIK,   Pengkalan Chepa, Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan  Ubaidah Omar berkata, program  berkenaan berkenaan diadakan lebih  berbentuk kebajikan bagi membantu  golongan belia dan beliawanis  berkahwin.Kerajaan negeri Kelantan telah  memperuntukkan pemberian wang  dinar kelantan bernilai RM700 dan wang  tunai RM500 untuk setiap  pasangan.
"Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan.
Seramai 100 pasangan  mengambil bahagian pada program itu yang   dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Majlis Nikah Perdana 2010 dihadiri oleh ribuan pengunjung dan sanak saudara pengantin dari seluruh Malaysia.
Antara yang menarik, ada pengantin yang baru memeluk islam dari kalangan orang asal dan OKU
Kenduri rakyat turut diadakan di perkarangan PUTIK sempena Majlis Nikah Perdana 2010 tersebut.
(Kata   Tuan  Guru, "Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak   RM100,  alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya,   saya  letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya,   janganlah  letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan   menjadi  sukar...")
Alhamdulillah,   'kesakitan'  dan kesusahan akibat bahana kenaikan harga barang (oleh   kerajaan BN)  terubat sedikit dengan bantuan ikhlas kerajaan negeri   Kelantan kpd  pasangan yang mahu membina rumah tangga...




 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
