Salam,
  
 
 gambar hiasan
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.
Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer  dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. 
Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam  sebesar paha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah … keadaan        ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari  situ     dan   membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang  lain  yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .
  Apabila   mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular     hitam   yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin      dikebumikan di   situ. 
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit  dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya ular hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh  oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat  wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam  yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu.  
MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). 
Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi  seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan  dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya  kerana ular hitam sedang membelit jenazah  wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … 
Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan  melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya. 
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita   dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis  insyaAllah. 
Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana  kalau tak solat…..Mran3238
Wassalam 


 


 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
