Gambar Noh Omar di suatu majlis lain.
Aku ingin memetik kata-kata Noh Omar akan Persidangan DUN Tergempar Negeri Selangor yang akan diadakan Isnin ini, 24hb Januari seperti di bawah.Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, partinya telah mengarahkan wakil rakyatnya agar menghadiri sidang kali ini memandangkan Sultan Selangor telah pun memberi perkenan baginda bagi membolehkan pertemuan minggu depan diadakan.
Umno mengadakan mesyuarat di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Noh, perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.
Noh mendakwa Ketua Setiausaha Negara sentiasa mendapatkan perkenan diraja sebelum memutuskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini menjadi kemelut sehingga mencetuskan krisis perlembagaan.
Noh juga berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Nampak tak di sini bagaimana Noh Omar memutarbelitkan kenyataan. Pada awal ayatnya...perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.
Kemudian di akhir ayatnya ...lain pula perginya "Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri."
Hahahaha....Kan dah kantoi !! Kalau perkenan Sultan itu tidak membawa maksud yang Sultan Setuju......maka Tindakan Menteri Besar Selangor menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi....bukanlah tidak menghormati Sultan...kerana Sultan belum tentu setuju dengan perlantikkan Khusrin yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Negara. Tak gitu Noh Omar ??? Apa yang ko nak cakapkan lagi.....???
Sebenarnya UMNO Selangor dah serba salah.....nak hadir ke...tak hadir??....arghhh...hadir ajer laaa. Nak sokong ke tak sokong pinda perlembagaan ini??.....heeeee.......
Ditelan (sokong) mati emak....diluah (tolak) mati bapak.
Kalau UMNO Selangor termasuklah Noh Omar ini sokong Pindaan ini...maka ianya bermaksud....UMNO Selangor memang menghormati Sultan kerana mengembalikan kuasa yang hilang kepada Sultan dalam melantik SUK Selangor. TETAPI HARUS DIINGAT...Jika UMNO Selangor MENOLAK pindaan ini bermakna UMNO SELANGOR DAN NOH OMAR SERTA ADUN atau Semua YB-YB UMNO di Selangor sememangnya PENDERHAKA kepada SULTAN SELANGOR.
Tahu.........nak buat apa kepada Penderhaka-Penderhaka Sultan ???
Ini bukan sistem Feudal.....macam dulu-dulu.
Jangan undi dan sokong YB-YB UMNO ini dalam Pilihanraya yang akan datang. Kerana merekalah Sultan yang merupakan Ketuanan Melayu...tidak mempunyai Kuasa. -Panglima 7