 Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.
Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.
"Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.
"Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri," kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.
Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.
 Menurut   orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat   setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300   orang hadir.
Menurut   orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat   setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300   orang hadir.Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.Meriam air
Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.
Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.
 Sebaik   sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan  ketua  pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya   membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga   dirampas.
Sebaik   sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan  ketua  pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya   membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga   dirampas.Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.
Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.
 "Apabila   Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu.  Bagi  mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa  menamatkan  ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen  pilihan  raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.
"Apabila   Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu.  Bagi  mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa  menamatkan  ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen  pilihan  raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
