Sumber  risikan Agensi Berita ABC yang dihubungi di tapak penamaan  calon pagi  ini menjelaskan berlaku pergeseran dan juih-menjuih mulut  yang ditujukan  kepada isteri calon BN last minute@Tok Ai oleh Ketua  Wanita, Haslinda  Salleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan  pucuk pimpinan parti  memilih Tok Ai, menjadi calon. 
Bercakap  kepada beberapa  pemberita pagi ini, Haslinda  berkata rasa tidak  berpuas hati itu  terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai  oleh para  penyokongnya.
Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai). Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati.
Ketika  ditanya pemberita adakah beliau merajuk, Linda tegas  memaklumkan bahawa  tidak timbul istilah merajuk kerana tidak dipilih  menjadi calon, kerana  itu bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik  yang berpengalaman. 
Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa kecewa, "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.
Menurut  Haslinda lagi, berlakunya perpecahan sokongan  khalayak susulan mereka  tidak terpilih menjadi calon. Lagi pula menurut  Haslinda apabila ditanya  mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak  mempunyai jawatan di  dalam parti, ini sudah pasti akan memberi kesan  penurunan besar  pengundian kepadanya.
“Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.
Bagi  naib ketua bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama  beliau berkecimpung  dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa".  "Kita bekerja sebagai  satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang  kuat. Kalau ada, sudah  tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu  banyak kawan dan nak  kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh  itu) tidak semestinya  kena jadi macam tu (Tok Ai),” katanya ketika  dihubungi pagi ini di  sebuah kedai kopi di Pekan Labis.
" Kesilapan memilih calon di DUN Tenang secara tidak langsung telah menyebabkan wujud perpecahan sokongan kepada BN, Umno khususnya mula dilihat berpuak-puak kini atau memang BN memang menempah untuk kalah. Kalau nak kemenangan, buat cara mahu menang, " tegas Rasdin.
Agensi  Berita ABC turut mendapatkan pandangan daripada  Hashim yang juga bapa  saudara Mohd Azhar, dimana beliau pula berkata  bahawa, anak saudaranya  itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, tetapi beliau tewas teruk dalam pemilihan tersebut. 
Menurutnya, pemilihan Azhar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa “keluarganya menguasai” untuk   jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. “Setengah   daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi   kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ,” katanya dengan nada yang   sedikit angkuh./Albanjari



 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
