Ikuti Blog ini

Janji PAS kepada pengundi DUN Tenang




Calon PAS Perjuangkan Isu Tempatan

Cikgu Mala akan memberikan komitmennya untuk membawa pelbagai isu setempat yang membelengu pengundi Dun Tenang ke sidang Dewan Undangan Negeri Johor sekiranya beliau diberi mandat menang dalam pilihanraya kecil Dun itu.

"Terlalu banyak masalah yang dihadapi penduduk Dun Tenang yang memerlukan pembelaan segera dan perhatian tindakan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan," jelas Salahuddin Ayub dalam sidang media harian parti itu pagi tadi.

Antaranya isu itu ialah pengembalian wang Tabung Tanam Semula kepada peneroka yang memilih untuk menanam semula secara sendiri, isu pengredan yang rendah buah kelapa sawit oleh kilang-kilang Felda.

"Selama ini Cikgu Mala melalui Pusat Aduan Zakat (Zon Tenang) PAS sudah mengumpulkan pelbagai aduan penduduk setempat bagi tindakan Pusat Aduan Rakyat," tambah Salahuddin.

Aduan yang terkumpul itu ialah isu perumahan dan pekerjaan generasi kedua Felda (Felda Tenang, Chempelak dan Chempelak Barat), isu permohonan tanah untuk pertanian (Redong, Ayer Panas dan Sawah Bahru), Masalah perparitan dan perkhidmatan pengutipan sampah di Bandar labis.

Salahuddin sebelum itu mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang memberikan amanah kepada PAS untuk bertanding di kerusi Dun Tenang ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .