Tapi rakyat Malaysia masih waras rasanya, masih ingin melakukan sebarang perubahan melalui pilihanraya tapi biarlah adil dan telus. Kalau kita dengar apa yang terjadi di Tunisia tuh, bunyinya macam sama ja ngan kemelut yang kita hadapi di negara kita.
Kepingan domino dari Tunisia kini merebak ke Mesir, kini tunjuk perasaan besar-besaran masih berterusan di Kaherah selepas perintah berkurung kerajaan sepanjang malam berakhir. Anggota tentera terpaksa memperketatkan kawalan keselamatan selepas insiden keganasan pada Jumaat.
Terbaru, Presiden Umno Mesir... Hosni Mubarak telah mengarahkan semua menteri kabinetnya meletak jawatan... tapi dia masih gagah disinggahsana... haha... sebijik perangai Umno Malaysia...