
Di  kala Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menyarankan kepada rakyat  agar mengubah cara hidup bagi mengurangkan kesan terhadap kenaikkan  harga barangan, isteri kesayangan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor  bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab Saudi,  mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila memilih  untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar sewa RM  100, 000 untuk satu malam.
 Beginikah  seorang pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat?  Bila kehendak rakyat diminta untuk diperjuangkan, alasan Najib "Negara  akan bankrap". Bila Najib ingin menamatkan subsidi petrol untuk rakyat,  alasan yang sama juga digunakan "Sekiranya subsidi untuk rakyat  diteruskan, negara akan bangkrap pada tahun 2019".
Beginikah  seorang pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat?  Bila kehendak rakyat diminta untuk diperjuangkan, alasan Najib "Negara  akan bankrap". Bila Najib ingin menamatkan subsidi petrol untuk rakyat,  alasan yang sama juga digunakan "Sekiranya subsidi untuk rakyat  diteruskan, negara akan bangkrap pada tahun 2019".Mintak turun harga minyak, "Tak boleh nanti negara bangkrap", PKR ingin beri kenaikan gaji guru Rm 500 sebulan "PR beri idea yang tak realistik, kalau buat begitu negara akan bangkrap", Pakatan Rakyat ingin beri air percuma kepada rakyat "PR tak pandai ekonomi, kalau bagi air percuma nanti Selangor akan bangkrap". Bila isu dibangkitkan untuk memperjuangkan nasib rakyat, alasan Najib untuk menolak pastinya "Negara akan bangkrap".
Rakyat  disuruh oleh Najib untuk mengubah gaya hidup, jaga perbelanjaan  keluarga, isteri, anak dan kurangkan pembaziran kerana harga barang  semakin meningkat. Rakyat bawahan disuruh kurangkan pembaziran, disuruh  ikat perut, disuruh tahan lapar, kurangkan gula, kurangkan kolesterol,  kurangkan penggunaan telefon kerana semuanya naik harga. Tapi isteri sendiri menghabiskan RM 100, 000 satu malam sekadar untuk menyewa hotel paling mahal di dunia. 
Perbelanjaan  Najib menggunakan wang negara di luar negara sepanjang tempoh 19 bulan  atau 588 hari menjadi Perdana Menteri juga kini sudah mencecah  RM8,724,894.91 bermakna RM31,840.50 sehari [Utusan].  Lihatlah, dalam masa sehari sahaja Najib menghabiskan wang negara lebih  banyak daripada duit gaji rasminya selama sebulan iaitu sebanyak RM  22826.65 [Utusan]. 


 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
