 KUALA TERENGGANU  - Konvoi seramai lebih 100 penunggang Kelab Penunggang Alternatif  (Alternative Riding Club) berlepas daripada perkarangan Masjid Pengadang  Baru disini, bagi menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti  Umno.

Konvoi tersebut mula bergerak dengan diketuai oleh Saudara Wan Ahmad Ridhuan, Kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
Menurut  Ahmad Ridhuan, mereka akan melalui jalan Bukit Kor dan melalui jalan  pantai ke Kemaman dan di sepanjang perjalanan, pasukan ekspedisi ini  akan menjadi lebih besar kerana akan disertai oleh ahli-ahli kelab lain  yang sedang menunggu di sepanjang jalan pantai.
Setelah  menyampaikan taklimat keselamatan dan bacaan doa, para peserta mula  bertolak dengan didahului  oleh kereta 'Marshal' dan sepasukan marshal  bermotor.
Dijangka 30,000 ahli dan penyokong PAS akan berhimpun  di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai bagi menyertai Pelancaran Kempen PAS  Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan, yang akan berlangsung pada Sabtu  15 Januari. -BO

 Catatan
Catatan