Ikuti Blog ini

PAS Mahu Berusaha Merampas DUN Kerdau, Biar Pun Tahu BN Sudah Pasti Menggunakan Berbagai Taktik Kotor Mereka Bagi Pertahankan Kerusi Itu!

KERDAU, 27 Feb - Presiden PAS, Dato' Hj.Hadi Awang (foto) menyifatkan perjuangan menentang UMNO BN harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau pun UMNO menggunakan taktik kotor dalam setiap kali pilihan raya ditambah lagi dengan kerjasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun mahu atau tidak PAS perlu menyuburkan amalan demokrasi itu.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat ringkas dihadapan para petugas dan penyokong parti itu dekat Kg.Desa Murni semalam. "Puak-puak BN hanya tahu ingin menang sahaja, mereka sanggup berbuat apa saja untuk itu hatta menipu dan menabur wang dalam pilihan raya. Inilah yang berlaku, masalahnya jika kita tidak lawan mereka akan kata kita takut.

Jika kita lawan mereka main kotor. Kalau kita tidak lawan kita bodoh",
katanya. Perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam dan kita tidak mahu kemenangan itu dicapai secara kotor. Tapi UMNO sanggup melakukannya demi mempertahakan kuasa biar pun mereka tahu telah ditolak rakyat secara keseluruhan sebenarnya.


[Amalan demokrasi tercemar dengan tindakan yang jelas bercanggah dan tidak sepatutnya itu. Beliau menyeru petugas PAS bekerja lebih gigih untuk memastikan kemenangan calon parti itu. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Calon PAS DUN Kerdau, Hasanuddin Salim serta beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Apa yang jelas dapat dilihat, PAS sedaya upaya mahu merampas DUN Kerdau daripada BN dalam pilihanraya kecil ini. Ia mungkin bagi menyuntik semangat perjuangan ke arah menawan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Cuma di sini, PAS perlu lebih menumpukan gerak kerja di kawasan Felda dan Felcra yang dipercayai ada lebih 3,000 pengundi]. -PahangDaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .