Ikuti Blog ini

Rakyat perlu bersedia ambil semula Perak

6 FEBRUARI 2009 PERAK: SEJARAH HITAM YANG PERLU DIPULIHKAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin seluruh rakyat Negeri Perak masih belum boleh melupakan peristiwa hitam rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) di Perak pada 6 Februari 2009 yang lalu.

Konspirasi peristiwa hitam tersebut diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi BN Perak telah menyaksikan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah melompat menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

Bagi DPPN Pk, rakyat perlu bangkit bagi menentukan kata putus terhadap rampasan kuasa jahat tersebut dengan membawa visi perubahan yang bakal mengembalikan hak rakyat dalam peluang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang bakal menjelang pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Rakyat perlu menyatakan bantahan terhadap rancangan jahat tersebut sebagai satu lagi tanda jelas kepada BN bagi menghormati pilihan rakyat sebagai teras pemerintahan yang diasaskan oleh Pakatan Rakyat (PR). Kuasa pemilihan yang di tangan rakyat ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi menidakkan agenda membebankan rakyat yang akan terus dilakukan oleh BN dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan tanpa memikirkan nasib rakyat yang tertindas.

DPPN Pk amat berkeyakinan rakyat Perak akan memastikan bahawa 'Menteri Besar Rakyat' akan kembali dinobat di negeri Perak yang tercinta ini. Ayuh kepada mana-mana rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pemilih agar mendaftar sekarang kerana kuasa undi anda amat penting bagi menunjukkan kuasa rakyat, kuasa keramat!


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .