TEMERLOH 12 Feb - Satu lagi Pilihan Raya Kecil bakal disaksikan dalam masa terdekat ini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini, petang tadi. Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.
Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. Sejak setahun lalu, allahyarham seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit. Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
Nampaknya satu lagi pilihanraya kecil terpaksa dilalui sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Kali ini di negeri kelahiran PM Najib Razak selepas negeri TPM Muhyiddin di DUN Tenang dulu. Selamat berjuang buat semua di Kerdau !].