Kemana menghilangnya geng songkok tinggi & cap keris?? Kalau takde kumpulan demo songkok sejengkal ni.. rasa sunyi pulak media. Selama ini bukan main rasisnya UMNO dan beberapa NGO hulubaya dan penjilat PM & Menteri-menteri BN. Tetapi apabila timbul dua isu sensitif yang pelakon porno, Presiden MCA nak tunjuk hero… kemana menghilangnya NGO-NGO melayu ni. Mana Majlis Perunding Melayu? Mana 76 NGO Melayu Islam? Mana PEKIDA,PERKASA dan NGO-NGO Cap Sheltox yang memperjuang untuk mempertahankan melayu & kedaulatan Islam? Dah kecut ke atau projek dah masyuukk? Itu pasal senyap! Mana pulak JAKIM ke Mufti ke?
Selama ini bukan main lagi berarak kononnya demi mempertahankan Islam dengan isu kalimah Allah. Pas difitnah dengan pelbagai tuduhan. Kononnya DAP ganti PAS. Apabila Kini apabila pemimpin MCA menyentuh isu bible melayu dan saman judi di Kelantan, UMNO jadi bisu kelu. Kini Chua Soi Lek dah desak agar Bible melayu diedarkan. Tidakkah pejuang melayu rasa tercabar? Apabila MCA nak saman pulak kerana tak izin judi, mana dia mereka ini yang mengaku mempertahankan kedaulatan Islam? Dah mandom kot? Layaklah kini MGU pulak dalam BN. (MCA GANTI UMNO) ???MCA nak tarik undi cina. Apatah lagi dekat pilihanraya Sarawak ni. Kita tengoklah apa tindakan Najib? Macamana golongan ini nak bersilat ke nak berkung fu? Kita tengoklah Menteri lembik yang jaga Kementerian Dalam Negeri itu nak uruskan? Auww! Boleh selesai tak?
MCA hari ini menggesa kerajaan supaya segera membuat keputusan berhubung penahanan naskah kitab Injil Al-Kitab di dua pelabuhan di negara ini. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu membuat ketetapan supaya kitab berkenaan dapat dilepaskan segera. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Chua berkata, peguam negara juga perlu membuat ketetapan berhubung isu berkenaan.
Begitu juga dengan isu larangan perjudian di Kelantan.
MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat. Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan. "Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.
Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan. "Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.
Mungkin isu judi ni UMNO dah serik apabila kena isu judi bola tahun lalu. Sekarang ni diaorang pass kat MCA. Tapi sebelum pi jumpa MB Kelantan, pi le jumpa MB Mat Said dulu. Bawah pimpinan UMNO-BN. Suruh bukak kedai ekor dan Sport-Toto kat Terengganu tu. Ramai dah orang UMNO nak berjudi tetapi malu alah apabila ianya ditutup zaman pemerintahan Pas 1999 dulu. Dah lama puok UMNO gatal tangan nak berjudi di Terengganu ni. Nanti Vinsent Tan dan Ananda Krisnan jugak untung. Boleh mintak wat belanje pilihanraya.
Terengganu ada 8 Daerah kalau ada 2 kedai satu daerah. Dah banyak woo. Duit ehsang, rasuah yang UMNO bahagi tu, bolehlah wat tikam ekor. Bertambah maju & makmurlah negeri Terengganu Darul Iman. EXCO & Mufti UMNO Cap Ayam bukan boleh kata apa-apa? Pejabat agama JHEAT pun boleh kutip zakat apabila mereka kaya raya nanti.
Dulu undang-undang Hudud di Kelantan Mahathir tukang sekat, Zaid Ibrahim tukang saman. Kini dalam kes judi di Kelantan ni, Chua Soi Lek pulak tolong ejas saman. Walaupun diakui judi bukan budaya cina tetapi demi kebebasan. Kenapa demi kebebasan hendak diambil tindakan terhadap penagih dadah? Biarkanlah mereka demi sebuah kebebsan. Sama seperti MCA yang menerima Presiden daripada Pelakon Porno, maka biarkanlah rakyat Cina dan Malaysia menjadi pelokon-pelakon porno pula?
Kalaulah begini nilai kebebasan dan akhlak yang ingin diwujudkan agar rakyat menjadi status lembu dan kerbau, adakah rakyat Kelantan bersedia menerima UMNO-BN sebagai pemerintah di Kelantan? Entahlah!!! kecuali orang kelantan dah gian sangat nak berjudi?
Kalau tak! Cakaplah banyak-banyak Datuk Chua... lu lagi banyak cakap lagi bagusss!.