Ikuti Blog ini

RAKYAT SEMAKIN MATANG: DAH TIGA TAHUN ‘KEDAH SEJAHTERA’

kedah_3_tahun.jpgRakyat Negeri Kedah Darulaman sedang berada melewati tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat yang ber’Menteri Besar’kan pemimpin daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 50 tahun Kerajaan Negeri Kedah dipimpin oleh Perikatan kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui oleh Pekembar ataupun UMNO.

Saya ingat, perlu ada beberapa catatan untuk menunjukkan ada beberapa perubahan dan anjakan paradigm rakyat negeri Kedah yang jumlahnya sudah mencecah 1.9 juta. Saya gembira untuk berkongsi pengalaman demokrasi dan cita-cita saya untuk melihat perubahan berlaku baik secara politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan lain-lain sekitar saya dan seputar negeri saya.gambar_malam.jpg

ORDE LAMA DAN PERUBAHAN

1.Sepanjang sejarah Negeri Jelapang Padi ini, dipasakkan di dalam pemikiran rakyat bahawa hanya Barisan Nasional sahaja mempunyai kemampuan untuk memerintah Kedah dan Negara. Satu khurafat dan takhayyul yang memundurkan. Sihir dan mentera ini berlangsung dan diimani begitu lama. Segala seruan ke arah perubahan berjaya ditepis dan BN terus memerintah.Pakatan Rakyat dating dan memberi harapan baru kepada perjalanan demokrasi negara.

2. Keadaan was-was berlegar dan disebar di kalangan rakyat adakah kerajaan baru boleh berkhidmat dan bertahan. Beberapa dongeng beredar di kalangan masyarakat bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa beberapa bulan. Dah tiga tahun dah. Rakyat pun dah boleh fikir.

3.
Pemikiran dan pandangan yang dibawa oleh BN dan UMNO banhawa pembangkang tidak betul dan hanya pandai membangkang sudah mula sirna. Peranan pembangkang sebagai check and balance kepada sistem demokrasi mula difahami. Era “I know everything” dan “I always right” sudah berakhir.

4.Ratib umno dan BN yang mendakwa pembangkang hanya PAS dan lain-lain parti sekarang sudah berbalik kepada diri sendiri. UMNO dan BN yang diajar oleh rakyat dalam PRU sedar pengertian menjadi pembangkang di dalam sistem demokrasi. Walaupun kadang-kadang BN dan UMNO masih merasa diri merasa kerajaan. Berlagak dan tak sedar diri masih mengusai BN dan UMNO; pemimpin dan ahlinya.

5.
Rakyat mula sedar bagaimana pembangkang yang selalu didiskriminasi tanpa sebarang peruntukan untuk membangunkan negara. Ahli Parlimen pembangkang atau ADUN yang selama ini menang dalam pilihanraya tetapi partinya kalah di peringkat negeri atau persekutuan biasanya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan projek atau apa-apa program kecuali melalui gaji atau usaha sendiri.

gambar_siang.jpg6. Rakyat sudah mula menyedari peranan agensi-agensi kerajaan yang selama ini peranannya diambil alih oleh ahli politik. Manakala ahli politik termasuk Ahli Parlimen dan ADUN yang peranan dan tanggungjawab mereka lebih besar dalam membahas dasar-dasar negara tidak dilaksanakan. YB-YB menjadi welfare officer, manakala pegawai kerajaan menjadi pegawai kepada ahli politik.

7.
Sistem kehakiman yang sepatutnya tempat menegakkan keadilan kepada semua sudah mula difahami oleh rakyat bahawa selama ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan elit politik. Pemisahan kuasa yang menjadi konsep besar sistem demokrasi di Malaysia mula mengambil peranannya.

8. Rakyat mula sedar bagaimana setiap sen yang mereka belanjakan atau mereka membayar setiap sen cukai kepada negara adalah hak mereka sendiri dan perlu dipulangkan kepada mereka. Pemikiran bahawa semua duit atau pembangunan yang berlaku adalah dari BN atau Umno sudah tidak relevan. Slogan bahawa “BN Menang , Kedah Senang” adalah slogan sampah.

9. Billboard yang tertulis seperti “Projek Kerajaan oleh Barisan Nasional”, “ baja subsidi Kerajaan Barisan Nasional” sudah mula difahami dan di’gelak’kan oleh oleh rakyat.

10.
Rakyat sudah mula fahami makna pembangunan bukan sekadar membina bangunan. Bangunan boleh dibina termasuk oleh Komunis dan Kapitalis. Pembangunan lestari, pembangunan insan; roh, mental, fizikal mula berkumandang.

11. Kejayaan Kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat di Kedah seumpama membina institusi pengajian tinggi, peruntukan kepada sekolah-sekolah, petuntukan kepada belia termasuk membina pusat belia Kedah, peruntukan kepada setiap kaum, proses men”sifar”kan rasuah, proses membebaskan KCS dari belenggu politik. Bagi sarjana ia adalah merupakan satu kejayaan dan perubahan yang sangat besar. Hasil kebangkitan rakyat.

12. Kejayaan menambahkan pendapatan daripada sumber asli negeri, balak, batuan, sumbangan dan GLC yang diakui oleh Ketua Audit Negara membuka mata rakyat dan pengkaji politik. Ia juga menimbulkan tandatanya kepada ahli-ahli UMNO sendiri disebabkan sumber dan keluasan yang sama namun hasilnya amat minimum.

13. Kegagalan projek seumpama Marina Harbour, Pusat Akuatik, Lapang Sasar dan lain-lain projek kerajaan negeri mula diperkatakan rakyat. Pembelian temasuk pen untuk hadiah dengan harga yang tidak munasabah oleh Menteri Besar, pembayaran anak syarikat kerajaan negeri (wang rakyat) kepada UMNO (parti politik) menimbulkan tandatanya besar. Rakyat sudah mula berani persoalkan wang mereka.

14. Projek-projek segera untuk berdepan pilihanraya seumpama membina rumah-rumah rakyat yang kemudiannya membuat tuntutan kepada kertajaan selepas pilihanraya berleluasa sehinggakan mendedahkan kontraktor kepada hutang dan kemungkinan bankruptcy.

15. Kerja-kerja menempah poster untuk pilihanraya yang dibuat melalui anak kerajan negeri seumpama tuntutan yang dibuat terhadap Seri Temin selepas BN dan UMNO kalah selepas pilihanraya terhadap pengurusan baru amat memalukan.

16.
Kegagalan menyiapkan projek-projek kerajaan pusat seperti 8 jambatan Naka-Nami, projek oleh kementerian pendidikan seperti kuarters-kusrters guru, sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran amat menjijikkkan. Semua ini adalah hasil pendedahan yang berjaya dikemukan kepada rakyat selepas perubahan.

17.
Sistem kerajaan, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan mula difahami oleh rakyat, peranan kerajaan pusat dan negeri, hubungan simbiosis antara keduanya mula difahami oleh awam.

18. Penerusan semua projek kerajaan dahulu kecuali yang membazir memberikan satu persepsi bahawa menukar kerajaan bukanlah seperti menerbalikkan bumi.

19.
Politik pembangunan dan perkauman yang dijaja oleh BN dan parti sekutunya sudah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Lagu lama yang cuba diputar kembali itu sudah mula mereputkan mereka.

20. Kematangan rakyat untuk memilih pemimpin dan bebas menentukan kerajaan sendirihubungan antara kaum dan agama yang selama ini selalu diragukan oleh BN dan UMNO dengan penukaran kerajaan sudah mula berakhir. Sikap saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan masing dalam pembangunan negara membuktikan bahawa ada bertukarnya kerajaan hanya seperti kita menukar pengurus pasukan bola.

Dah asyik kalah tukarla pengurus dan jurulatih. Bukannya pi racun pemain sampai mati atau bubarkan pasukan!!!
Apapun perubahan ini adalah sepatutnya kembali kepada rakyat. Rakyat yang matang dan bijak perlu menilai dan membuat pilihan. Rakyat yang bodoh hanya menjadi pak turut. Pengalaman tiga tahun masih terlalu muda untuk membuat penilaian objektif. Kelemahan tetap ada untuk diperbaiki. Rakyat yang bijak akan terus memberi pandangan kedua kepada kerajaan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .