
"Kita mengalu-alukan kesediaan MCA untuk bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz). Beliau terbuka, tak ada masalah," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS negeri.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya dimaklumkan oleh MCA semalam berhubung perkara itu.
Semalam, setelah ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA, presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pihaknya mahu bertemu Nik Aziz bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan kerajaan Kelantan itu.
Katanya, kecuali Nik Aziz, MCA tidak beminat berjumpa dengan sesiapapun bagi mendapatkan penjelasan kenapa pengharaman dibuat itu dibuat selepas 20 tahun PAS berkuasa di Kelantan. -M'kini