" Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak.
" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.
" Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu. Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin.
Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat.
" Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak. Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat.
" Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi.