Dah bising-bising bahawa Raja Petra Kamarudin dah 'tobat' maka polis pun kenalah berlakon sedikit.
Dulu RPK mengakui dirinya 'bodoh' yang boleh disuruh macam-macam dan kini setelah terseksa susahnya menjadi pelarian di luar negara barulah dia menjadi cerdik!!
Polis akan meneliti dan mengkaji semula akuan bersumpah (SD) pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang dibuatnya pada 18 Jun 2008 bagi memastikan kebenaran dakwaan bahawa dia tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isteri terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.
“Kita akan mengkaji dan melihat semula dan cuba teliti jika ada kesalahan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang. Kita juga sedang menunggu mana-mana pihak membuat laporan mengenai salah laku berhubung perkara itu.
“Sebarang tindakan selanjutnya juga akan diambil berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh selain berpandukan laporan polis,” kata Ketua Polis Negara.
Kalau polis tak berkata begitu tak sedap juga kan. Kena kelabukan sedikit mata rakyat. Dulu dah memang sah salah, dah kena ISA pun RPK tu. Namun apabila dah tobat ni, walaupun benar dah menuduh PM kenalah belek-belek semula, kena kaji-kaji semula akuan bersumpah dan selepas itu keluarlah kenyataan sememangnya RPK tidak bersalah.
Kalau terus nak bawa pulang RPK ke Malaysia untuk pilihanraya ke-13 tak sedap pula kan, walaupun dah ada perjanjian PM dan RPK di Australia. Taktik mesti ada.
Polis pun pandai berlakon juga!!