Ikuti Blog ini

Sampai hati Muhyiddin panggil orang Semenanjung samseng!!


Satuuu ..... ! (Malaysia ... !) .... wakakak !!!
Oleh: JR

Malam Jumaat..sementara menunggu azan solat Isyak berkumandang, saya ruangkan sisa-sisa masa yang terluang untuk menonton TV. Jam antara 8 hingga 9 malam ni apa lagi yang ada di TV..semua di TV cuma program berita. Dan program berita di musim pilihanraya DUN Sarawak ini tak lain cuma sekitar kempen pilihanraya yang sungguh memboringkan itu. Tapi apa nak buat, TV di depan mata, mau tak mau tengoklah juga..seperti kata lirik lagu Pak Pandir: ada mata lihat, ada telinga dengar!!

Tiba-tiba sekitar jam 8.35 malam saya terdengar suara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di TV, haai...kata hati saya, apa makanan basi yang nak dihidangkannya lagi di TV nih? Saya tak kisah pun apa yang dia cakap sebab pasti modal yang sama seperti kelmarin, kelmarin dulu dan kelmarin dulu balik sana la juga! Sampai satu ketika bila tiba-tiba beliau memberi amaran kepada orang-orang Sarawak supaya berhati-hati dengan "kedatangan budaya samseng" ke Sarawak yang dibawa oleh parti-parti politik dari Semenanjung, baru mata saya mendongak ke skrin TV!! Dia seterusnya berkata orang Sarawak berbeza, kerana mereka tidak akan terpengaruh dengan "budaya samseng" dari Semenanjung ini.

"Budaya samseng" dari Semenanjung? Apa, Muhyiddin Yassin kata kedatangan "budaya samseng" dari Semenanjung ke Sarawak? Yang saya tau yang selalu buat perangai samseng ketika pilihanraya tu ialah parti yang sangat berkuasa dan telah bikin samseng selama setengah abad tu. Tapi tak kisahlah sapa yang buat samseng, parti yang logonya warna biru ke parti warna tak biru ke, tapi mengapa Muhyiddin menghina orang Semenanjung sebagai "samseng" di depan orang Sarawak?

Tak kan lah kerana politik, kerana nak menang di Sarawak, kerana banyak laporan tidak memihak kepada parti yang dipimpinnya sanggup dia menghina orang Semenanjung sebagai samseng? Jika orang Semenanjung samseng apa ke halnya pula Muhyiddin dan Najib yang kini sedang berkampung di Sarawak tu, mereka pun orang Semenanjung, mereka juga samseng ke?

Jika Muhyiddin nak menganggap dirinya samseng, nak menganggap partinya samseng, itu dia punya pasallah. Tapi mengapa seluruh orang Semenanjung dianggapnya samseng seperti dirinya?

Sampai hati Muhyiddin panggil orang Semenanjung samseng!!

http://mycuteshoppe.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .