Ikuti Blog ini
Sebar berita fitnah haram di sisi Islam – Dr Haron Din ,Khamis, April 28, 2011 at 28.4.11,
Menurut beliau, larangan Allah terhadap fitnah secara jelas terkandung dalam Al Quran seperti disebut dalam surah An Nur dan Al Hujurat.
Ketika dihubungi KeadilanDaily hari ini, Dr Haron bagaimanapun berkata, beliau merujuk kepada semua berita yang berunsur fitnah dan tidak menyatakan kepada mana-mana pihak tertentu.
“Saya kata, adalah haram menyebarkan berita yang berbaur fitnah,” ujarnya.
“Pemberita yang menulis tentang sesuatu fitnah memanglah haram. Kita bercakap secara umum. Saya tak refer kepada mana-mana pihak. Itu terpulang kepada pengertian masing-masing,” ujarnya.