Ikuti Blog ini

SUPP Anggap Muka Taib "Sueh" Di kalangan Pengundi, Mahu DAP Turunkan Iklan

I Love Pek Mo, Saya Sayang Pek Mo (Pek Mo - Tok Uban) dalam bahasa Hokkien iaitu gelaran popular Taib Mahmud di kalangan masyarakat Cina Sarawak.

SUPP berang apabila disandingkan dan digandingkan dengan Peh Mo. Presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan serta dua calon parti itu berang dengan meminta DAP melalui peguamnya supaya menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

Amat malang bagi Taib regu politiknya sendiri tidak mahu digandingkan bersama. Mereka menganggap muka Taib 'sial' dan 'sueh' di kalangan pengundi dan akan membawa malang yang lebih besar kepada SUPP. Tak terperasankah Taib tentang hal itu!!

DAP enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa. DAP berkata mereka betul kerana George Chan sememangnya sayangkan Pek Mo daripada rakyat Miri sendiri. -ekele


Iklan 'Saya sayang Pek Mo' - SUPP berang



"Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka.”

Papan iklan "Saya sayang Pek Mo" yang didirikan oleh DAP pagi ini dikatakan menghantui dan memberangkan presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan dan dua calon parti itu.

Menurut ketua DAP Johor, Boo Cheng Hau pada sidang akhbar di hadapan papan iklan itu seorang peguam SUPP - David Siaw - telah menghantar sms yang bernada keras kepada pengarah pilihan raya DAP.

Dalam satu daripada sms yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, peguam SUPP itu mahu DAP menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

"Sila turunkan papan iklan yang menunjukkan gambar calon kami bersama Ketua Menteri. Awak tidak ada hak menggunakan gambar mereka. Harap ambil perhatian, kami akan menyaman fitnah.”

Dalam satu lagi mesej, pengirimnya memberi amaran parti komponen BN akan bertindakbalas jika papan iklan itu tidak diturunkan.

"Awak mungkin akan saksikan calon DAP berkata perkara-perkara yang memihak BN.”

DAP, bagaimanapun enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa.

"Kecuali awak kata tidak sayang Pek Moh, maka tiada unsur fitnah," kata Lim Sie Keong, calon DAP yang akan menentang Chan di Piasau. -mk
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .