Menurut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, amalan politik tersebut telah menarik minat Universiti Melbourne di Australia untuk membuat kajian mengenainya.
Katanya keputusan Tahaluf Siyasi dilaksanakan sebagai setelah satu perbincangan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia dibuat dalam tahun 1998 di England.
Antara tokoh yang terlibat dalam perbincangan tersebut, kata Ustaz Nasharuddin adalah ulamak terkenal, Sheikh Yusof al-Qaradhawi
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali menegaskan, Tahaluf Siyasi adalah satu strategi dan bukan dasar bagi PAS.
Katanya, Dasar PAS adalah Islam yang tidak pernah berubah sejak ia diitubuhkan pada tahun 1951.
Menurutnya PAS telah mula melakukan kerjasama politik sejak tahun 1974, dimana PAS telah mengadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN).
Kemudian apabila terdapat perpecahan dalam Umno pada tahun 1990, katanya, PAS nengadakan kerjasama politik dengan parti Semngat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleih Hamzah.
"(Pada pilihanraya umum) tahun 1990 dan 1995, kita bekerjasama dengan Semangat 46, (sebelumnya) pada tahun 1986, kita (PAS) ada 2 kerusi (parlimen),
"waktu kerjasama dengan Semangat 46 kita menang 7 kerusi (parlimen),"jelasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Setiu ke-33 di Masjid Lama Kampung Buloh, Permaisuri
Katanya, Tahaluf Siyasi merupakan saluran dakwah yang telah memberikan kefahaman Islam dan perjuangan Islamkepada parti-parti lain apabila bekerjasama dengan PAS. -BO