Ikuti Blog ini

'Ugutan' menjadi cabaran getir setelah 3 hari Kak Ani berkempen

http://www.buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/kakanibersmaibunya.jpgKOTA SAMARAHAN - Calon PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak bagi kawasan N15 DUN Muara Tuang, Noraini Hamzah mendakwa, beliau diugut oleh pihak lawan, Barisan Nasional.

Beliau yang dikenali sebagai 'Kak Ani' berkata, ia merupakan ujian yang paling getir, setakat tiga hari berkempen, sejak 6 hb April.

"Dari segi perasaan (saya berasa) tugas (menjadi calon) adalah tugas yang amat rumit dan mencabar,bukan semudah disangka, tapi dengan izin Allah Kak Ani harap semuanya dapat diuruskan,

"ujian yang paling kuat dalam masa tiga hari ini (adalah) menerima ugutan,"ujarnya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Tanung Bundong dekat sini, Jumaat 8 April.

Menurutnya selain menerima ugutan, pelbagai lagi usaha pihak lawan yang cuba menghalang beliau yang berusaha meningkatkan syiar Islam di Kota Samarahan.

Katanya, beliau telah berkempen menemui pengundi di kawasan kampungnya dan sekitar serta kawasan pasar dan pasar Tani.

Ditanya, bagaimanakah sambutan orang ramai ketika beliau bertemu dengan mereka, Kak Ani menjawab, ianya sangat memberangsangkan.

"(Sambutan) amat menggalakkan, syukur AlhamduliLlah, dari segi pandangan Kak Ani dari sudut penerimaan (orang ramai) boleh dikatakan 99%, mereka sangat meminati PAS,"jelasnya.

Beliau memohon taufik dan hidayah dari Allah, semoga sehalanya dapat diuruskan dengan baik dan berharap agar penerimaan yang baik beliau sebagai calon PAS akan berterusan sehingga hari mengundi.

Antara perkara yang menarik dalam rutin kehidupan Kak Ani adalah, pada setiap pagi beliau akan memandikan dan menyiapkan ibunya, Selamah bt Harun, 80, (Gambar) sebelum beliau keluar dari rumah.

Menurut suaminya, Morshidi Ali, Kak Ani telah melakukan rutin tersebut sejak lama, sebelum beliau dipilih menjadi calon PAS.

"Kak Ani akan menyiapkan ibunya dengan makanan dan minuman sebelum keluar rumah, memberikan khidamat bantaun kepada masyarakat setempat,"ujar Morshidi. -BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .