Kenyataan terbaru dari Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah mendakwa PAS hilang konsistensi dalam isu menjaga ketekalan dasar perjuangan parti, menarik perhatian Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.
Apa yg diperkatakan oleh Khaled membuktikan sekali lagi bahawa umno sangat resah dan gelisah dengan perkembangan terbaru dalam PAS. Saya rasa sampai bila pun pemimpin UMNO tidak akan faham dengan perjuangan parti PAS kerana parti tersebut selesa dengan situasi berada dibawah tempurung besi, jauh sekali untuk memahami apa yg diperjuangkan oleh PAS.
Kalau saya bertanyakan kepada Khaled tentang apa yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh UMNO diapun tidak mampu jelaskan, bagaimana beliau menyibuk untuk mengulas mengenai PAS.
Selain itu saya melihat mereka sudah buntu untuk memikirkan helah dan cara memecah belahkan Pakatan Rakyat dan parti PAS itu sendiri dengan taktik yang pelbagai
Tetapi saya yakin PAS tidak akan tergugat dengan pelbagai jolokan yang digunakan oleh UMNO bagi mengelirukan rakyat. Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO membuktikan merupakan sebuah parti yang terlalu jumud sehingga enggan menerima perubahan.
Walaupun Perubahan yang berlaku dalam kepimpinan pas bukan terhadap asas dasar parti, tetapi umno dilihat seperti hilang fokus dan menipu kerana telah menumpukan penerangan kepada umum bahawa pas telah lari dari dasar perjuangan.
Pas tetap konsisten dengan prinsip yang ditetapkan sejak awal penubuhan dan akan tetap dengannya kerana Al-Quran dan Hadis menentukan bahawa sebarang bentuk praktikal dalam perjuang dan apa-apa perkara sekali pun perlu bermatlamatkan Allah SAW.
UMNO mengaku bahawa mereka pejuang bangsa Melayu dan agama Islam tetapi bersikap talam dua muka dalam isu seperti yang dimainkan terhadap PAS. Setelah separuh abad, UMNO BN gagal berubah walaupun PAS yang merupakan parti lawan yang sama “tua” telah melakukan lonjakan persepsi yang mana PAS telah berjaya mendapat perhatian dari dikalangan yang bukan Islam.
Kerana itu Umno cemas dengan sokongan terhadap PAS yang meningkat diluar jangakaan itu. Wujudnya kelab penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan PAS dan ini telah menjadikan PAS sebuah sebagai parti bukan untuk satu bangsa dan kaum.
Drs. Khalil Idham Lim
PARIT BUNTAR, 10 Jun 2011.