Ikuti Blog ini

Pru13: Formula pembahagian kerusi 2008 digunapakai

PAS hari ini mengesahkan status quo pembahagian kerusi yang digunapakai pada 2004 dan 2008 akan diteruskan dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerusi campuran akan ditandingi oleh PKR, kerusi majoriti Melayu oleh PAS dan kerusi Cina oleh DAP.

Bagaimanapun, kata pesuruhjaya PAS Pahang itu, Majlis Pakatan Rakyat yang merupakan badan tertinggi pembuat keputusan.

“Tetapi kita juga melihat kepada faktor kerusi di kalangan Pakatan Rakyat akan selesai sebelum akhir tahun ini, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Tetapi kita melihat juga parti mana yang paling berpotensi untuk menang sebelum menentukan pembahagian kerusi tersebut.

Potensi calon

“Ya kita mengambil kira mengenai potensi calon dan faktor lain seperti jentera pilihan raya dan sumber kewangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beberapa negeri rundingan pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat sudah memasuki peringkat akhir.

Menurutnya, jika mereka setuju cadangan tersebut akan dilanjutkan kepada majlis Pakatan Rakyat untuk dipersetujui.

Bagaimanapun, jika mereka menghadapi masalah seperti perebutan kerusi dan tidak boleh diselesaikan, isu itu akan dibawa ke majlis Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Ahad lalu, semasa konvensyen pilihan raya PKR di Shah Alam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, parti itu akan bertanding 97 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke 13.

Katanya, PKR akan bertanding di semua kerusi campuran dan akan meletakkan calon di semua 97 kerusi yang ditandingi pada 2008.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .