Ikuti Blog ini

BERSIH 2.0: Tangkapan Besar-Besaran Akan Dilakukan





Walaupun telah mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram.

Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara.
Itu kenyataan Hishamudin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dan susulam kenyataannya itu, Ops BERSIH 2.0 diperhebatkan lagi.

Sesiapa sahaja yang memiliki apa sahaja barangan yang terdapat Logo BERSIH 2.0 atau yang berkaitan dengan BERSIH 2.0 akan ditahan mengikut Akta yang telah ditetapkan. Barangan berkenaan pula akan dirampas dan dimasukkan kedalam custody dan seterusnya akan dijadikan bahan bukti dalam pendakwaan di Mahkamah nanti.

Jadi dekat situ gua paham, apa saja yang melibatkan BERSIH 2.0 statusnya masih "Haram". T'Shirt kuning tanpa lambang atau tulian BERSIH 2.0 boleh dipakai tapi kalau ada lambang BERSIH 2.0 ianya jatuh hukum "Haram".

Fatwa "Barangan berkaitan dengan BERSIH 2.0 termasuk T.Shirt Kuning berlambang atau bertulisan BERSIH 2.0 adalah Haram" masih belum ditarik balik atas nasihat pakar kitab UMphorNO.

Walaupun Tuanku dah bagi pelepasan untuk Gerakan BERSIH 2.0 berhimpun secara aman di mana-mana Stadium, Fatwa tersebut masih laku dan diguna-pakai oleh pemerintah Negara Malaysia.

Himpunan BERSIH 2.0 mungkin akan mendapat Permit bagi menganjurkan Himpunan pada 9hb. Julai, 2011 ini tetapi gua yakin. Mana-mana individu yang memakai, membawa atau memiliki apa-apa sahaja barangan yang berkaitan atau terdapat lambang BERSIH 2.0 dalam Himpunan tersebut akan ditangkap oleh pihak Polis.

"Himpunan" tersebut mungkin boleh dihalalkan dengan mengeluarkan "Permit", tetapi ianya tetap tidak akan membatalkan Fatwa yang dah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Gua ada 110% keyakinan bahawa akan berlaku Operasi BERSIH 2.0 secara besar-besaran oleh pihak berkuasa dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 9hb. Julai, 2011 nanti berdasarkan kepada fatwa tersebut.

Pihak KERAjaan melalui PDRM akan sedaya-upaya cuba untuk menggagalkan Himpunan BERSIH 2.0 dan sekiranya rancangan untuk menggagalkan Himpunan BERSIH 2.0 tersebut gagal, KERAjaan melalui PDRM masih berpeluang untuk menonjolkan Himpunan BERSIH 2.0 sebagai 1 perhimpunan yang "Tidak Aman" dan caranya ialah dengan melancarkan Operasi BERSIH 2.0 ketika Perhimpunan BERSIH 2.0 berlangsung.

Sekiranya benar Operasi BERSIH 2.0 secara besar-besaran dilancarkan semasa Himpunan BERSIH 2.0 berlangsung, gua jugak yakin akan berlaku kekecohan dan tak mustahil akan timbul suasana yang tegang.

Nasihat gua, kalau tak nak kena tangkap... Elakkan dari memakai baju T'Shirt kuning berlogo atau bertulisan BERSIH 2.o. Baju T'Shirt kuning atau apa-apa baju berwarna kuning sudah cukup. Anda tetap penyokong BERSIH 2.0.

Kalau Polis nak tangkap anda, biar saja dia tangkap. Kita hadir bukan untuk buat kecoh dan ada lebih dari 500 barisan peguam bersedia untuk membela anda sekiranya anda ditahan dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 nanti selagi anda tida memulakan provokasi atau melakukan kesalahan undang-undang.

Yang penting kita mesti buktikan bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 bukanlah 1 rancangan untuk menjatuhkan atau melawan KERAjaan sebaliknya kehadiran kita adalah sebagai tanda sokongan kita terhadap 8 Tuntutan BERSIH 2.0 bagi memperbaiki Sistem Pilihanraya negara Malaysia yang semakin pincang.

Gagalnya pihak KERAjaan melalui PDRM menimbulkan kekecohan dalam Himpunan BERSIH 2.0 nanti adalah Kejayaan di pihak Rakyat Negara Malaysia yang cintakan Kedamaian. Buktikan pada KERAjaan bahawa kita adalah rakyat yang cintakan Negara Malaysia dan Keamanan.

53 tahun kita boleh bersabar, tak kan 1 hari kita tak boleh nak sabar..? -Perisik Rakyat
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .