Ikuti Blog ini

PRU13 lebih awal kerana Najib takut rahsia terbongkar

MARANG - Semua jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat diminta meneruskan kerja-kerja untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali meramalkan, PRU13 akan diadakan sekitar bulan Februari hingga April tahun hadapan (2012).

Menurutnya, walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu PRU13 dilewatkan, namun Najib dijangka mememanggilnya lebih awal keana beliau takut rahsianya terbongkar.

"Najib nak cepat sikit, Mahathir dengan Muhyiddin nak lewat lagi, psl apa begitu, Najib nak cepat takut rahsianya terbongkar,

"dia (Najib) nak cepat kerana dia takut dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Ceraah Penerangan di Kampung Kubu Pengkalan Berangan dekat sini, Isnin 24 Oktober.

Kataya, menurut sumber, Mahkamah di Perancis sudah mengemukakan kes yang membabitkan dakwaan memberikan rasuah kepada pemimpin Malaysia termasuk Najib.

Sekiranya, Najib dipanggil menjadi saksi dalam kes tersebut, kata beliau, ia akan memberikankan imej yang huruk bukan sahaja kepada Najib malah kepada Malaysia.

Oleh itu, katanya, Najib akan memanggil PRU-13 sebelum beliau dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan yang turut berkait dengan kes  pembunuhan model warga Mongolia, alTantuya.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihanraya, menurut Dato' Musatafa, PRU13 tidak akan diadakan kecuali selepas sambutan Tahun Baru Cina pada bulan Januari.

"Bulan sebelas (November) musim orang pergi Haji, tak mungkin diadakan (PRU13) pada musim Haji, awal bulan Dua Belas (Disember) Perhimpunan Agung Umno

"dan akhir bulan, Najib nak menikahkan anaknya, bulan Januari Tahun baru Cina, jadi sebab itu, pada saya (PRU1) akan diadakan selepas raya Cina,"jelasnya.

Beliau menambah, PRU13 akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan April, kerana 13 Mei adalah tarikh 'khurafat' bagi Umno yang takut kepada peristiwa rusuhan tersebut yang berlaku pada tahun 1969. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .