Ini berita yang baru diterima dari tempat air liur Ibrahim Ali meleleh kah kah kah...
Himpunan Sejuta Umat yang dicanang macam nak rak sudah pun melimpahi Stadium Shah Alam, Selangor!
Percaya ataupun tidak, anda saksikan sendiri suasana terkini di stadium yang hanya mampu menempatkan 80 ribu orang pada satu-satu masa.
Tapi yang taak bestnya, ada puak-puak yang mengedarkan risalah berbentuk provokasi kunun untuk menaikkan semangat peserta yang dikepalai Ezam Senatak dan Zulkifli Noordin.
Aku pun tak paham macam mana Malaysiakini boleh cakap 5,000 yang datang kah kah..
Mesti dia dapat F9 Matematik SPM kah kah...
Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang meyertai Perhimpunan Sejuta Umat.
Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan nyanyian lagu-lagi nasyid.
Beberapa kain rentang turut dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.
Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"
Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."
"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.
"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.
3pm: Dianggarkan hampir 500 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.
Jalan Pulang