

Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.
"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.
"Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini.

Perhimpunan itu turut disertai oleh pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin dari Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).
Kira-kira 50 penyokong yang hadir hari ini membawa Jalur Gemilang dan kertas berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan “Perkara 10 perlembagaan jamin kebebasan berhimpun”.
"Rang undang-undang ini adalah yang zalim, kami harap ia akan ditarik balik serta-merta ... jangan sekalipun percaya ini boleh memberi kebebasan untuk berhimpun," kata Ambiga.

Menurut Ambiga lagi, rang undang-undang baru itu, lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis dan bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pembaharuan pada malam sebelum Hari Malaysia, 15 September lalu. -M'kini