
DPP berpandangan, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menunjukkan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka.
"Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi BN dalam PRU ke-13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan.
"Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, kerajaan persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini," kata Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Sepatutnya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, Muhyiddin sepatutnya berusaha untuk menyelesaikan semua permasalahan rakyat kerana semua rakyat mempunyai hak tentang apa juga yang dihalalkan oleh perlembagaan. Kerajaan pusat sewajarnya tidak mendiskriminasi rakyat yang tidak menyokong mereka kerana semua rakyat membayar cukai dan mempunyai hak yang sama serta bebas menyokong sesiapa sahaja yang disukai.